Wednesday, August 8, 2018

SKOP KELIMA : KAEDAH KELIMA العادة محكمة


Kaedah Kelima 
Adat Dijadikan Hakim

المعنى

العادة
- Bahasa : العرف (amalan setempat)
- Istilah : Sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang atau sesuatu perbuatan atau perkataan yang berterusan dilakukan oleh manusia yang mana ia dapat diterima oleh akal manusia.


دليل

1) al-Quran :Allah SWT berfirman:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِيْ عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوْفِ
Maksudnya : "Dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 228)


2) as-Sunnah
خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف
Maksudnya : "Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (bil ma’ruf)."


3) Ijmak
قول عبد الله بن مسعود رضي الله عنه : ما رآه المسلمون
حسنا فهو عند الله حسن
Maksudnya : "Apa yang baik pada pandangan orang-orang muslim, maka baik juga pada pandangan Allah."

KAEDAH-KAEDAH العادة محكمة


1) المعروف عرفا كالمشروط شرطا (Sesuatu yang telah terkenal menurut 'Urf seperti sesuatu yang disyaratkan dengan sesuatu syarat)

2) التعيين بالمعرف كاتعيين بالنص (Menentukan dengan dasar 'Urf seperti menetukan dengan nas)

3) استعمال الناس يجب العمل بها (Apa yang dilakukan atau dilaksanakan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib diamalkan)

SKOP 4 : KAEDAH KEEMPAT لا ضرر ولاضرار



Kaedah keempat

(Tidak Boleh memudaratkan Dan Membalas Kemudaratan) 


المعنى

Kaedah ini terdiri daripada dua bahagian iaitu :

1) لا ضرر (Tidak boleh memudaratkan)

2) ولا ضرار (Tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan yang lain)



PENJELASAN


لا ضرر
(Tidak Boleh Memudaratkan)


- Jangan berlaku zalim kepada orang lain tanpa sebab; tidak kira pada orang itu sendiri atau hartanya.


- Berlaku zalim ialah haram dalam Islam.


- Mudarat yang tidak dibenarkan adalah mudarat yang menganiaya orang, walaupun barangkali terbit dari perbuatan yang harus.

ولا ضرار
(Tidak Boleh Membalas Kemudaratan Dengan Kemudaratan Yang Lain)


- orang yang teraniaya tidak boleh membalas kemudaratan yang dialaminya dengan mengambil keputusan sendiri. Dia hendaklah membawa kes ke mahkamah/ atau ke pihak berkuasa supaya dapat menuntut ganti rugi.


- contoh, Aranea bawa ex5 langgar myvi si Alani, Alani tidak boleh melanggar motor Aranea balik. Dia hendaklah menyelesaikan masalah tersebut secara baik atau buat laporan ke balai polis.


Contoh yang bersangkutan dengan kaedah dii atas ialah :


- Kalau Alani langgar jugak ex5 Aranea, masing-masing perlu bayar ganti rugi apa yang telah dirosakkan.


Contoh perkara yang boleh mengekang kemudaratan.

1)Kontrak ijarah (sewaan) perlu diteruskan walaupun telah selesai tempoh jika berlaku mudarat kepada penyewa dengan terhentinya kontrak.


- Sebagai contoh, Abam Jukies menyewa tanah untuk tanam pokok musang king selama 30 bulan. Setelah tamat tempoh 30 bulan, musang king tersebut perlukan masa sedikit sahaja lagi untuk masak betul. Maka sewaan perlu diteruskan walaupun tiada dalam kontrak, tapi Abam Jukies kena bayar sewaan yang setimpal.


2)Keharusan khiyar rukya & syarat, hak shuf'ah, dan mengambil harta orang yang bakhil kepada anaknya (untuk diberi kepada anaknya)


3)Abu Yusuf (ketua qadhi zaman Harun ar-rashid, anak murid Imam Nukman) berpendapat, kalau ada badwi-badwi datang Kufah untuk beli makanan sebagai bekal musafir mereka yang mana ia boleh memudaratkan rakyat Kufah (makanan jadi tak cukup), rakyat Kufah boleh sorok barang (ihtikar). (Ihtikar asalnya haram)


5) Orang yang masyhur dengan seks bebas dan berkelakuan keji; mereka hendaklah dikurung sehingga nampak tanda mereka mahu bertaubat. Hali ini adalah supaya mereka tidak memberi mudarat kepada masyarakat.


6)Abu Yusuf berpendapat lagi bahawa:


- Zaman dulu, terdapat matawang dinar dan dirham. Kemudian datang satu masa, ada matawang baru; namanya fulus.


- Fulus ini adalah satu syiling yang dibuat dari logam yang bukan emas atau perak. Makin lama, fulus ini diterima masyarakat untuk beli barang-barang yang bernilai, bukan sekadar barang yang biasa-biasa.


- Penggunaanya sama taraf dengan dinar dan dirham yang mana ia boleh dibuat bayaran jual beli, juga boleh dipinjam.


- Namun begitu, fulus ini terdedah kepada turun naik nilai. Maka ia jadi masalah dalam jual beli kredit dan pinjaman.


- Bagi Abi Yusuf, walaupun fulus ini nilainya boleh naik dan boleh jatuh, yang perlu dipegang adalah nilai fulus ini semasa akad jual beli termeterai, atau semasa pinjaman diberikan; bukan nilai semasa hendak membayar installment atau semasa hendak membayar hutang.


- Kaitannya, supaya tidak berlaku mudarat kepada pembeli atau peminjam ketika nilai fulus naik, dan tidak berlaku mudarat kepada penjual atau pemberi pinjam jika nilai fulus jatuh.

DALIL :
Hadith Rasulullah S. A. W. bersabda:


لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya : "Tidak mudarat (bahaya) dan tidak memudaratkan.

SKOP 3 : KAEDAH KETIGA المشقة تجلب التيسير




Kaedah Ketiga
Kesukaran Membawa Kemudahan 
المعنى

المشقة تجلب التيسير
Apabila terdapat sesuatu kesudahan atau kesulitan dalam melaksankan perintah Allah maka perintah itu diringankan tidak seperti asal.

= musafir atau sakit

دليل

Al Quran : 
1) وما جعل عليكم في الدين من حرج
((Surah Al hajj ayat 78))
Maksudnya: Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk mu dalam agama

2) لا يكلف الله نفسأ إلا و سعها
((Surah Al Baqarah 286))
Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang hambanya melainkan kesanggupannya.

Kepentingan : 

1)اليقين لا يزول بالشك
2)المشقة تبلب التيسير
3)الضرر يزال
4)العادة محكمة
5)الامور بمقاصده

i) الامور إذضاق اتسع

- sesuatu perkara apabila sempit hukumnya luas.
- rukhsah solat qasar dan jamak

ii)اذ اتسع المور ضاق

-sesuatu perkara apabila luas lapang hukumnya sempit

Tuesday, August 7, 2018

SKOP 2 : KAEDAH KEDUA اليقين لايزول بالشك




Kaedah Kedua 
Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan 
المعنى

1) Al-Yakin (اليقين)

Bahasa: Tidak was-was
Istilah: Ketenangan hati atas sesuatu hakikat

2) Asy-Syak (الشك)

Bahasa: Was-was ataupun ragu-ragu
Istilah: Ragu ragu antara dua perkara bertentangan

3)Al yakin La Yazulu Bi Syak (اليقين لايزول بالشك)

Makna kaedah ijmali: Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (دليل القطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku ( tidak sabit berlaku ). Maka, tidak dihukum ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka lebih lemah daripada yakin. 

الأدلة
1) AL QURAN :

إن الظن لا يغني من الحق شيئا 

((Surah An-Najm 53:Ayat 28))
MAKSUDNYA: Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)

2) As Sunnah 

شكي رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم أنه يخيل إليه أنه   يجد الشيء في الصلاة، قال: لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا 
(رواه مسلم)

Maksudnya: Mengadu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa ada seseorang telah mendapatkan sesuatu saat melakukan solat.  Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : "Dia tidak boleh solat atau juga tidak boleh membatalkan solatnya sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (kentut)".

c) Imam Nawawi 

contoh :

i) orang yang berada dalam keadaan suci, kemudian dia syak dia berhadas. Apakah hukumnya? 

Jawapan: 

Pendapat 1 : Imam Ahmad & Imam Hanafiah

Suci sebab yakin tidak berhadas 

Pendapat 2 : Imam Malik 

⇨Wajib keatasnya berwuduk dikiranya berhadas berdasarkan dalam kaedah ( syak di dalam syarat ) (wuduk) menjadi penghalang daripada sahnya solat. Justeru, suci adalah syarat sah solat. 

*KAEDAH IMAM MALIK : Jika ada syak dalam solat kene ambil wuduk balik
((الشك في الشط ما نع من ترتيب))

ii) Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain, kemudian orang yang berhitang itu syak. Adakah dia sudah jelaskan hutangnya ? Apakah hukumnya ?

Jawapan : Hukum hutang tersebut kekal kerana yakin yang dia berhutang 



Bahagian-Bahagian di bawah اليقين لايزول بالشك


i) الأصل براءة الذمة

1)معنى الأصل 
-Kaedah yang berterusan 

2) معنى الذمة
-Jiwa atau zat 

3)معنى القاعدة الإجمالي
-Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci tanggungjawabnya(tiada tanggungjawab) daripada sesuatu kewajipan dan keadaanya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.
-Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal

4)دليل قاعدة

((البينة على المدعى واليمين على من أنكر))
Maksudnya: Perlu kemukakan bukti bagi orang yang dituduh perlu bersumpah bagi menafikan tuduhan keatasnya.

Contohnya: orang yang meminjam sesuatu, mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjamnya. Maka, dakwaanya diterima kerana mengikut kaedah asal. 
#Tidak diterima dakwaanya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dengan seorang saksi. 


ii)الأصل بقاء ما كان على ما كان

(( Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumya))

1)Daripada masalah (استصحاب)

=Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya digunakan ulama usul.

2)(استصحاب الأصل)

=Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap
=Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap\sabit pada masa lalu

3)Contoh:

1) seseorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu kemana hilangnya 

Jawapan: isteri tidak boleh berkahwin kerana suami tidak melafazkan cerai

2) seseorang yang makan tengahari serta dia berasa syak sama ada matahari terbenam atau belum.

Jawapan: Hukumnya batal puasa kerana asalnya belum terbenam 



iii)((الأصل العدم (الأصل في الصفات العارضة

1)الأصل العدم Maksudnya asal segala sesuatu itu tiada
2)الأصل في الصفات العارضة Maksudnya asal sesuatu sifat yang mendatang itu tidak ada.


iv)الأصل في الأبضاء التحرتم 

Maksud hukum asal agama adalah haram dan tidak halal sesuatu perhubungan jika tidak melalui proses pernikahan 

v) الأصل في الأشياء الإشياء الإباحة

Hukum asal dari sesuatu adalah mubah(Harus)sampai ada dalil yang melarangnya dan jika tiada dalil nas yang sah dan terang yang menunjukkan haram. Maka, hal tersebut seperti asal iaitu mubah


Dalil

Al Quran :  هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا
Maksudnya dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu

As Sunnah : ما أحل الله في كتابه فهو حلال ، وما حرم فهو حرام ، وما سكت عنه فهو عافية
Maksud Hadis: “Apa yang Allah halalkan dalam kitabNya maka halal. Apa yang Allah haramkan, maka haram. Apa yang Dia diamkan maka itu dimaafkan. 


Monday, August 6, 2018

SKOP 1 : KAEDAH PERTAMA الأمور بمقاصدها





Kaedah Pertama :الأمور بمقاصدها
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat
المعنى

1) Al umur jamak Al amru iaitu lafaz yang umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar daripada seorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan dan meragkumi perbuatan, kata kata ataupun niat 

2) Al Maqosid berasal daripada perkataan al qosdu yang bermaksud niat

3) Al Umur Bi Maqosidiha membawa maksud segala perbuatan dan tingkah laku sama ada berurusniaga dan sebagainya adalah berlandaskan kepada niat


الأدلة

1)AL QURAN :

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ تأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ

((Surah An Nisaa ayat 100))
MAKSUDNYA:Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


2) AS SUNNAH :

ٍعَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari Umar Radhiyallahu'anhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Amal itu bergantungnya pada niatnya, Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, Maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya,dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah." (HR.Bukhari, Muslim)


اركان الأمر

1)اركان الأمر : Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari manusia
2)اركان بمقاصدها : Sah atau batalnya sesuatu perkara yang bergantung pada niat 


الشرط القاعدة
a) Syarat kaedah muqalaf
-Islam
-keahlian (mumayizz,berakal,baligh)

b)Syarat al-qosid 
-Perbuatan diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukum niat dan jika seseorang itu jahil ia tidak sah ibadat 
-Perbuatan yang mampu dilakukan oleh muqalaf drp sudut akal syarat dan adat dan hendaklah perbuatan yang tertentu dan diusahakan diri sendiri 

c) Niat
-Yakin dengan niat
-Ikhlas kerana Allah
-Tidak boleh berlawan dengan syariat Allah
-Serentak dengan perkara yang diniatkan 
-Tidak buat perkara yang berlawanan dengan niat 

المكان النية
-Tempat niat adalah di dalam hati dan tidak hanya sekadar lafaz 
-Lafaz niat yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam ibadat haji sahaja (Mulut&Hati)
-Dalam mazhab syafie sunnat untuk melafazkan niat supaya membantu ketetapan hati

وقت النية
-Di awal waktu ibadat boleh diawalkan pada takbiratul ihram dan wajib di dahulukan dengan niat contohnya, puasa
-Dan ia boleh diawalkan seperti zakat 

kenapa disyariatkan untuk berniat?

1)Untuk Mendekatkan diri kepada Allah
2)Membezakan antara perbuatan dengan yang lain
3)Membezakan adat dan ibadat
4)Membezakan diantara darjat sesuatu ibadat 


i) العبرة قي العقود للمقاصد والمعاني لاللألفاظ والمباني 

Makna ijmali : Adalah satu kaedah dan perkara ini ini yang diambil yang dikira di dalam kontrak iaitu aqad adalah maksud dan kandungan maknanya bukan dengan lafaz. 

Contohnya: seseorang berkata pada yang lain " Aku,hebahkan barang ini kadar sekian-sekian atau kamu kene beli sekian-sekian" maka, jadilah aqad jual beli pandangan mazhab maliki dan hambali. 


ADAKAH NIAT MENGKHUSUSKAN LAFAZ AM ATAU MENGAMKAN LAFAZ KHAZ ? 

AL AM
Bahasa: Perkara yang merangkumi sama ada lafaz atau bukan lafaz 
Istilah: Lafaz yang merangkumi setiap perkara yang boleh merangkumi setiap perkara yang boleh dimasukkan di dalamnya secara sekali gus secara batasan.

KHAS 
Maksudnya Al Fardun iaitu individu 

TAKHSIS
Bahasa:Mengkhususkan yang am
Istilah:Mengeluarkan sebahagian perkara yang asalnya termasuk di dalam perkara tersebut 









SKOP KELIMA : KAEDAH KELIMA العادة محكمة

Kaedah Kelima  Adat Dijadikan Hakim المعنى العادة - Bahasa : العرف (amalan setempat) - Istilah : Sesuatu yang dilakukan secar...