Monday, August 6, 2018

SKOP 1 : KAEDAH PERTAMA الأمور بمقاصدها





Kaedah Pertama :الأمور بمقاصدها
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat
المعنى

1) Al umur jamak Al amru iaitu lafaz yang umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar daripada seorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan dan meragkumi perbuatan, kata kata ataupun niat 

2) Al Maqosid berasal daripada perkataan al qosdu yang bermaksud niat

3) Al Umur Bi Maqosidiha membawa maksud segala perbuatan dan tingkah laku sama ada berurusniaga dan sebagainya adalah berlandaskan kepada niat


الأدلة

1)AL QURAN :

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ تأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ

((Surah An Nisaa ayat 100))
MAKSUDNYA:Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


2) AS SUNNAH :

ٍعَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dari Umar Radhiyallahu'anhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Amal itu bergantungnya pada niatnya, Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, Maka hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya,dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah." (HR.Bukhari, Muslim)


اركان الأمر

1)اركان الأمر : Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari manusia
2)اركان بمقاصدها : Sah atau batalnya sesuatu perkara yang bergantung pada niat 


الشرط القاعدة
a) Syarat kaedah muqalaf
-Islam
-keahlian (mumayizz,berakal,baligh)

b)Syarat al-qosid 
-Perbuatan diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukum niat dan jika seseorang itu jahil ia tidak sah ibadat 
-Perbuatan yang mampu dilakukan oleh muqalaf drp sudut akal syarat dan adat dan hendaklah perbuatan yang tertentu dan diusahakan diri sendiri 

c) Niat
-Yakin dengan niat
-Ikhlas kerana Allah
-Tidak boleh berlawan dengan syariat Allah
-Serentak dengan perkara yang diniatkan 
-Tidak buat perkara yang berlawanan dengan niat 

المكان النية
-Tempat niat adalah di dalam hati dan tidak hanya sekadar lafaz 
-Lafaz niat yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W adalah dalam ibadat haji sahaja (Mulut&Hati)
-Dalam mazhab syafie sunnat untuk melafazkan niat supaya membantu ketetapan hati

وقت النية
-Di awal waktu ibadat boleh diawalkan pada takbiratul ihram dan wajib di dahulukan dengan niat contohnya, puasa
-Dan ia boleh diawalkan seperti zakat 

kenapa disyariatkan untuk berniat?

1)Untuk Mendekatkan diri kepada Allah
2)Membezakan antara perbuatan dengan yang lain
3)Membezakan adat dan ibadat
4)Membezakan diantara darjat sesuatu ibadat 


i) العبرة قي العقود للمقاصد والمعاني لاللألفاظ والمباني 

Makna ijmali : Adalah satu kaedah dan perkara ini ini yang diambil yang dikira di dalam kontrak iaitu aqad adalah maksud dan kandungan maknanya bukan dengan lafaz. 

Contohnya: seseorang berkata pada yang lain " Aku,hebahkan barang ini kadar sekian-sekian atau kamu kene beli sekian-sekian" maka, jadilah aqad jual beli pandangan mazhab maliki dan hambali. 


ADAKAH NIAT MENGKHUSUSKAN LAFAZ AM ATAU MENGAMKAN LAFAZ KHAZ ? 

AL AM
Bahasa: Perkara yang merangkumi sama ada lafaz atau bukan lafaz 
Istilah: Lafaz yang merangkumi setiap perkara yang boleh merangkumi setiap perkara yang boleh dimasukkan di dalamnya secara sekali gus secara batasan.

KHAS 
Maksudnya Al Fardun iaitu individu 

TAKHSIS
Bahasa:Mengkhususkan yang am
Istilah:Mengeluarkan sebahagian perkara yang asalnya termasuk di dalam perkara tersebut 









No comments:

Post a Comment

SKOP KELIMA : KAEDAH KELIMA العادة محكمة

Kaedah Kelima  Adat Dijadikan Hakim المعنى العادة - Bahasa : العرف (amalan setempat) - Istilah : Sesuatu yang dilakukan secar...