Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan
المعنى
1) Al-Yakin (اليقين)
Bahasa: Tidak was-was
Istilah: Ketenangan hati atas sesuatu hakikat
2) Asy-Syak (الشك)
Bahasa: Was-was ataupun ragu-ragu
Istilah: Ragu ragu antara dua perkara bertentangan
3)Al yakin La Yazulu Bi Syak (اليقين لايزول بالشك)
Makna kaedah ijmali: Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (دليل القطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku ( tidak sabit berlaku ). Maka, tidak dihukum ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka lebih lemah daripada yakin.
الأدلة
1) AL QURAN :
إن الظن لا يغني من الحق شيئا
((Surah An-Najm 53:Ayat 28))
MAKSUDNYA: Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)
2) As Sunnah
شكي رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم أنه يخيل إليه أنه يجد الشيء في الصلاة، قال: لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا
(رواه مسلم)Maksudnya: Mengadu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa ada seseorang telah mendapatkan sesuatu saat melakukan solat. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : "Dia tidak boleh solat atau juga tidak boleh membatalkan solatnya sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (kentut)".
c) Imam Nawawi
contoh :
i) orang yang berada dalam keadaan suci, kemudian dia syak dia berhadas. Apakah hukumnya?
Jawapan:
Pendapat 1 : Imam Ahmad & Imam Hanafiah
⇨Suci sebab yakin tidak berhadas
Pendapat 2 : Imam Malik
⇨Wajib keatasnya berwuduk dikiranya berhadas berdasarkan dalam kaedah ( syak di dalam syarat ) (wuduk) menjadi penghalang daripada sahnya solat. Justeru, suci adalah syarat sah solat.
*KAEDAH IMAM MALIK : Jika ada syak dalam solat kene ambil wuduk balik
((الشك في الشط ما نع من ترتيب))
ii) Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain, kemudian orang yang berhitang itu syak. Adakah dia sudah jelaskan hutangnya ? Apakah hukumnya ?
Jawapan : Hukum hutang tersebut kekal kerana yakin yang dia berhutang
Bahagian-Bahagian di bawah اليقين لايزول بالشك
i) الأصل براءة الذمة
1)معنى الأصل
-Kaedah yang berterusan
2) معنى الذمة
-Jiwa atau zat
3)معنى القاعدة الإجمالي
-Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci tanggungjawabnya(tiada tanggungjawab) daripada sesuatu kewajipan dan keadaanya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.
-Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal
4)دليل قاعدة
((البينة على المدعى واليمين على من أنكر))
Maksudnya: Perlu kemukakan bukti bagi orang yang dituduh perlu bersumpah bagi menafikan tuduhan keatasnya.
Contohnya: orang yang meminjam sesuatu, mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjamnya. Maka, dakwaanya diterima kerana mengikut kaedah asal.
#Tidak diterima dakwaanya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dengan seorang saksi.
ii)الأصل بقاء ما كان على ما كان
(( Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumya))
1)Daripada masalah (استصحاب)
=Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya digunakan ulama usul.
2)(استصحاب الأصل)
=Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap
=Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap\sabit pada masa lalu
3)Contoh:
1) seseorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu kemana hilangnya
Jawapan: isteri tidak boleh berkahwin kerana suami tidak melafazkan cerai
2) seseorang yang makan tengahari serta dia berasa syak sama ada matahari terbenam atau belum.
Jawapan: Hukumnya batal puasa kerana asalnya belum terbenam
iii)((الأصل العدم (الأصل في الصفات العارضة
1)الأصل العدم Maksudnya asal segala sesuatu itu tiada
2)الأصل في الصفات العارضة Maksudnya asal sesuatu sifat yang mendatang itu tidak ada.
iv)الأصل في الأبضاء التحرتم
Maksud hukum asal agama adalah haram dan tidak halal sesuatu perhubungan jika tidak melalui proses pernikahan
v) الأصل في الأشياء الإشياء الإباحة
Hukum asal dari sesuatu adalah mubah(Harus)sampai ada dalil yang melarangnya dan jika tiada dalil nas yang sah dan terang yang menunjukkan haram. Maka, hal tersebut seperti asal iaitu mubah
iii)((الأصل العدم (الأصل في الصفات العارضة
1)الأصل العدم Maksudnya asal segala sesuatu itu tiada
2)الأصل في الصفات العارضة Maksudnya asal sesuatu sifat yang mendatang itu tidak ada.
iv)الأصل في الأبضاء التحرتم
Maksud hukum asal agama adalah haram dan tidak halal sesuatu perhubungan jika tidak melalui proses pernikahan
v) الأصل في الأشياء الإشياء الإباحة
Hukum asal dari sesuatu adalah mubah(Harus)sampai ada dalil yang melarangnya dan jika tiada dalil nas yang sah dan terang yang menunjukkan haram. Maka, hal tersebut seperti asal iaitu mubah
Dalil
Al Quran : هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا
Maksudnya dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu
As Sunnah : ما أحل الله في كتابه فهو حلال ، وما حرم فهو حرام ، وما سكت عنه فهو عافية
Maksud Hadis: “Apa yang Allah halalkan dalam kitabNya maka halal. Apa yang Allah haramkan, maka haram. Apa yang Dia diamkan maka itu dimaafkan.
No comments:
Post a Comment